Free Web space and hosting from xaper.com
Search the Web

KUAT LELAKI SEJATI

SUAMI SAYANG KUAT LELAKI Order DiSini STRONG MAN!!! PATI MINYAK LINTAH MANJAKANI Welcome To My Homepage NikBadrul Homepage kuat lelaki kejantanan PREGNANT N HOMEOPATHY MERAWAT JANTUNG MELALAUI KAEDAH HOMEOPATHY Blog Homeopathy College My Photos picture cupp Techniques of Cupping - Bekam - Al-Hijamah

masalah lelaki

 

Sungguh pun dunia moden mempunyai berbagai teknik konventional untuk merawat kes-kes kemandulan seperti - IUI, In-Vitro, Test Tube, GIFT, IVF., ICSI, AHT, TET, Ibu Tumpang, dan sebagainya. Namun sebahagian besar ibu-ibu yang mengalami masalah kemandulan ini, masih belum terjawab - mereka masih belum mendapat anak !           Jangan khuatir lagi, kini para ibu yang mengalami masalah ketidaksuburan dan masih belum mendapat cahaya mata, boleh mencuba rawatan yang telah diciptakan oleh Prof Dr Sir Nik Omar, mengikut Teknik HTI-P2000 ® Beliau dan rakan-rakan telah mencipta kaedah ini sejak tahun 1975 dan hingga kini tahun 2001, lebih dari 1000 pasangan ibu-ibu dari seluruh dunia telah dapat manafaat hasil dari kajian beliau selama lebih dari 25 tahun.  

        Dr Nik Omar,  DHMS (Lahore)., M.D.Hom., MRSH (London), MFHom (Kel)., FFHom (M'sia), Ph.D (India)., DBM (Pak)., Fbio-Chemic (Karachi)., D.Ac (kel)., M.Ac (M'sia)., M.AcF (Colombo)., M.Ac (Beijing)., M.Ac (Spain), merupakan seorang pakar perubatan homeopati dan akupunktur tanahair dan seorang ahli perubatan alternatif yang disegani didunia. Beliau merupakan salah seorang pengasas Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia dan bapak perkembangan homeopati tanahair.

  Beliau banyak dilantik menganggotai Jawatakuasa perubatan Alternatif / Komplentari diperingkat antarabangsa dan sering membentangkan kertas kerja di persidangan perubatan komplementari dimerata tempat didunia. Kini beliau bertugas sebagai pakar di Pusat Perubatan Homeopati dan Akupunktur Nik Omar di Kota Bharu dan Kuala Lumpur, dan merupakan seorang pakar dalam perawatn kemandulan atau infertiliti mengikut Kaedah Perubatan Alternatif - HTI-P2000 Dr Nik Omar           Dalam pendekatan beliau mengikut Kaedah Nik Omar HTI-P2000® beliau telah mengabungkan dua teknik perubatan alternatif atau komplementari - homeopati dan akupunktur - menjadikannya sebagai 'Perubatan Integerasi ' atau lebih dikenali ramai sebagai 'Integrated Medicine'           Akupunktur dan ubat-ubat homeopati dari bahan asli, flora dan fauna adalah satu pengamalan perubatan yang telah diamalkan sejak beribu tahun yang silam. Tetapi telah diolah oleh Prof Samuel Hanemann dari Germany menjadikan salah satu sitem perubatan moden yang unik, selamat dan bebas  dari sebarang kesan sampingan.    Sistem perubatan ini sememangnya telah menjadi warisan perubatan sejak beribu-ribu tahun yang silam, dan masih gagah dan berkembang maju sehingga hari ini, kerana hanya satu faktor sahaja iaitu - ianya amat berkesan dan efektif.           Pakar-pakar perubatan Barat hari ini mula memberi perhatian serius diatas keberkesanan sistem perubatan kuno ini sehingga sebahagian besar negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, France, England, Belgium, Germany dan kini Malaysia ( 2000 )  telah memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada semua sistem perubatan komplementari khususnya homeopati dan akupunktur.   Satu Penemuan Baru Kaedah Rawatan Infertiliti           Orang-orang awam, khususnya rakyat Malaysia tidak mengetahui dengan jelas bahawa kebaikkan-kebaikkan kaedah rawatan ini Kaedah HTI-P2000 ® Dr Nik Omar untuk mengatasi masalah kemandulan atau infertility dengan cara rawatan alternatif, mengikut fitrah alam atau Tabii - The Natural Way of Healing.           Jika anda seorang pengkaji Sejarah Perubatan yang dilakukan oleh ahli-ahli perubatan China melalui kaedah perubatan alternatif ini, mereka telah berjaya merawat kemandulan atau Infertility sejak Tahun ke 11 Masehi lagi.           Bukan sahaja teknik ini dapat membantu mendapat zuriat, malah dengan rawatan mengikut kaedah kuno ini, boleh membantu meningkatkan daya tahan badan untuk memberi keseimbangan kepada tenaga dalaman badan yang dikenali sebagai 'qi' dalam bahasa China atau 'Vital Force' dalam Istilah Homeopati.           Bila diberi remedi-remedi homeopati yang tepat dan serasi serta mendapat lokasi titik akupunktur yang tepat, maka gejala-gejala seperti ketidaksuburan, haid tidak teratur, endometrosis, fibroid, selalu keguguran, fallopian tuba tersumbat, kemandulan, tidak ada benih - azoospermia, impoten, PMS dan sebagainya dapat diperbetulkan dan diatasi dengan sempurna.

Pakar-Pakar Yang Di Akui  

        Perlu diingatkan bahawa, Teknik Rawatan Infertiliti mengikut Kaedah HTI-P2000 ini memerlukan seseorang doktor homeopati yang benar-benar mahir dan tahu mengedalikan kes infertiliti. Pengalaman dan kebolehan amat penting bagi menjayakan kes ini.

          Kami hanya dapat memberi jaminan bahawa hanya pakar-pakar homeopati dari 'Pusat Perubatan Homeopati Nik Omar' yang namanya disenarikan dibawah sahaja mampu mengedalikan kes infertiliti mengikut Kaedah HTI-P2000 dengan sempurna. Sila rujuk kepada mereka untuk sebarang khidmat nasihat.           Jika dibantu pula dengan keyakinan dan doa kepada Illahi, tidak mustahil orang-orang yang mandul selama 8 hingga 12 tahun akhirnya berjaya mendapat zuriat yang comel dan segar bugar , mengikut Kaedah HTI-P2000 - Allahu Akhbar !   Di Kuala Lumpur:
  •        Lady H/Dr Hajjah Faridah A. Hamat Tel: 03-26926549
  •        Lord Pandit Prof Dr Sir Nik Omar
  Di Kg. Chicha, Kelantan:
  •        Lady H/Dr Hajjah Zaharah Loman. Tel: 09-7643349
  •        Lord Pandit Prof Dr Sir Nik Omar
  Di Kota Bharu, Kelantan.
  •         Prof Hom Dr Mohd Nasir Mohd Zain Tel: 09-7440440
  •        Prof Hom Drs Wan Mohammad Ibrahim

Beberapa Kebaikan Perubatan Alternatif / Komplementari
  •        Tidak ada kesan sampingan dan tidak bahaya

  •        Tidak bertentangan dengan ubat-ubat hospital
  •        Jika dalam makan ubat homeopati atau terapi akupunktur, tetapi masih mahu meneruskan rawatan IVF, IUI, GIFT, ICSI, Aht atau TET - Jawapannya BOLEH !  Rawatan kami selari dengan rawatan diatas, malah dengan memakan ubat-ubat kami, lebih memudahkan anda berhasil, jika mencuba mana-mana perubatan lain - sebab kami merawat sistem daya tahan badan anda yang tidak stabil supaya kembali normal.
  •        Tidak mahal, sekira RM 150 sekali rawatan
  •        Rawatannya mudah dan tidak melibatkan sebarang pembedahan atau ujian-ujian konventional.
  •        Tidak menjadi kesalahan untuk mencuba rawatan HTI-P2000
  •        Rawatan ini diluluskan oleh badan Homeopati antarabangsa seperti MRHP, FAHOM, RIMAC, AHML, IHML dan  OHMI.
  •        Rawatan kaedah HTI-P2000 ini adalah secara natural dan samulajadi
  Jika anda ada masalah infertiliti, jangan tunggu lama-lama, silalah menghubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat.   " Jangan tunggu sampai esok, apa yang dapat anda lakukan hari ini "   Kami hanya ikhtiar - Allah menentukan segalanya   Lain-lain Web kami: Homeopathy College :  http://www.geocities.com/fakulti Acupuncture College :  http://www.geocities.com/mnri_acu

E mail kami:  rimac_my@yahoo.com

.

1

 

 

BERITA

'Boy' Boleh Kerja Hari Ahad Sahaja

  Singapura: -Seorang pesakit kami dari Singapura, bertanya Prof Nik Omar, kenapa 'My husband boy' hanya dapat berkerja pada hari Ahad sahaja, sedangkan hari lain tidak ?   Prof Dr Nik menjawab, " Mungkin pada hari Ahad suami anda, relax dan tenang, sedangkan hari- hari  lain mungkin dia terlampau sibuk dengan kerjanya.   Seorang diminta, tapi kembar enam yang lahir.   Italy: Seorang ibu di Italy, mahu satu lagi anak untuk menemai anak sulung mereka. Setelah menemui doktor dan memakan pil subur. Puan Carmela diberitahu oleh doktor bahawa bayi dalam kandungannya bukan seorang tetapi enam.         Bila Puan Carmela memberitahu suaminya agak terkejut, tetapi anak sulung saya melompat atas kerusi dan menjerit, " Enam orang adik lelaki dan perempuan, Woo ! seronoknya."   Beribu Janin Beku Akan Dimusnahkan   London:   Beribu-ribu janin beku yang tidak dikehendaki di kelinik-kelinik Tabung Uji bayi akan dimusnahkan melalui proses pencairan, mulai minggu depan.         Pihak berkuasa Kesuburan dan Janin Kemanusiaan (HFEA) berkata, dibawah undang-undang sekarang, janin beku yang mengandungi antara empat hingga lapan sel dipersetujui untuk dimusnahkan selepas 5 tahun kecuali jika ibu bapa memberi persetujuan untuk menyimpangnya.         Sebanyak 900 pasangan yang telah menyumbang 3,300 janin tidak dapat dikesan untuk diminta pandangan mereka tentang masa depan anak mereka.   Kembar enam berlainan Ibu   California, USA: Berita mengenai bayi kembar enam mungkin tidak mengejutkan anda, tetapi pernahkah anda dengar bayi kembar enam yang dilahirkan oleh enam ibu tumpang yang berlainan.         Itulah hakikat sebenar yang berlaku kepada pasangan Puan Laura dan Marvin.         Bayi-bayi kembar enam mereka dilahirkan selang seminggu diantara satu sama lain.Yang menariknya mereka dilahirkan oleh ibu tumpang yang berlainan.Dalam erti kata lain,kesemuanya enam wanita yang menjadi ibu tumpang bagi melahirkan keenam-enam bayi tersebut.         "Inilah saat paling gembira dalam hidup saya. Apa yang kami lakukan hanyalah duduk dirumah sambil berehat, makan dan minum. Saya tidak rasa sakit.Yang kami mahu dengar hanyalah deringan telifon memberitahu berita gembira ini, kata luara ,42.           Menurut Luara, sepanjang bulan mananti saat kelahiran bayi-bayi tersebut dia dan suaminya, marvin duduk menungu deringan telifon.Satu demi satu panggilan diterima memberitahu tentang kelahiran bayi mereka.         "Sejak bertunang kami teringin mempunyai anak sendiri.Apabila berkahwin saya mahu keluarga yang besar. Tetapi setelah berusaya sedaya upaya, saya masih gagal untuk mengandung. Doktor mengesahkan kami tidak akan mempunyai anak kerana saluran peranakan saya tersumbat," kata Luara.           Pada masa yang sama pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan Luara mengandung tetapi sia-sia sahaja.   Memasukkan benih Marvin kedalam rahim Laura.           "Saya telah menjalani lima pembedahan. Doktor Warren Smithson yang melakukan pembedahan yang memasukkan benih Mervin dalam rahim Luara tidak dapat berbuat apa-apa setelah lima cubaan itu gagal.           "Setekah berbincang, Dr.Warren mencadangkan supaya kami mencari ibu tumpang untuk mendapatkan anak. Itulah sahaja jalan yang ada, " cerita Luara.         Dr.Warren memeberi jaminan yang Luara Marvin akan menjadi ibu bapa kandung bayi tersebut. "Apa yang perlu ialah benih suami saya akan dimasukkan ke dalam rahim wanita terbabit supaya dia mengandung. Setelah  berfikir kami mahu lebih dari seorang anak dan doktor itu akhirnya bersetuju kerana faktor usia kami yang semakin lanjut," Kata Luara.

        Apabila Luara dan Marvin kembali menemui Dr. Warren mereka bersetuju dengan cara tersebut tetapi bersyarat - mereka mahu enam orang bayi bukannya satu!

        Pada mulanya Dr.Warren enggan setuju tetapi akhirnya terpaksa tunduk dengan kehendak tersebut setelah menyedari pasangan suami isteri itu benar-benar serius.   Keluarga Besar           "Pada mulanya saya menyangka mereka hanya main-main.Tepai saya yakin  mereka menjadi ibu bapa cemerlang memandangkan Marvin adaslah presiden sebuah firma eksport yang besar. Saya mahu dia mampu mempunyai keluarga besar," Tambah Dr.warren.         Dalam tempoh setahun kemudian telur-telur benih dipindahkan satu demi satu daripada rahim Luara. Ia kemuadian disenyawakan bersama benih Marvin dan dibekukan.         6 wanita bersetuju untuk menjadi Ibu Tumpang dan kerja-kerja memasukkan benih tersebut kedalam rahim ke enam-enam wanita berkenaan selesai dalam masa seminggu.   Sembilan bulan, lahir kembar 6           Sembilan bulan kemudian mereka melahirkan 6 bayi, 2 perempuan dan 4 lelaki. Bayi-bayi tersebut diberi nama Timothy, Chit, Steven, Marvin Jr., Priscilla, dan Susan.         Pada masa ini mereka sedang membesar dan hidup bahagia bersama ibu bapa mereka disebuah rumah mewah di Selatan California. " Seluruh rumah ini tersasa sangat berseri dengan kehadiran mereka. Kehadiran mereka menjadi penawar dalam hidup kami. Kami berbangga dan terhutang budi kepada kesemua wanita terbabit yang telah memberi kebahagian untuk kami."         " Terima kasih. Tanpa bantaun mereka sudah pasti kami tidak akan mencapai kebahagian yang diidam-idamkan. Kami kini sebuah keluarga bahagia." Ujar Laura gembira. - The Sun.   Kemandulan Lelaki Bertambah Sejak 40 tahun yang silam  

Vienna, Virginia:  Dr Cecil Jacobson melapurkan satu kajian terhadap Kesuburan lelaki dimana pada tahun 1938 hanya 1 % lelaki mengalami masalah kemandulan.  Hari ini masalah lelaki kini bertambah menjadikan kemandulan 8 - 12 % ( pertambahan 15 kali ganda).  Mereka ini dianggap ' Functional Sterile' yang mana jumlah bilangan airmani

( sperma counts) dibawah 20 juta per milliliter semen   Banyak Keguguran Berlaku Kerana Bilangan Sperma Rendah   Stockholm, Sweden:  Satu kajian yang dilakukan oleh Drs Mirjan Furuhjelm dari Sweden mendapati Wanita-wanita yang sering keguguran terdiri dari suami-suami yang mengalami masalah kekurangan benih sperma.  Purata 48 % mani / sperma  suami adalah dibawah paras abnormal dimana terdapat 2 kepala , 2 ekor dan kecacatan lainnya 40 % Kemandulan Disebabkan Lelaki   Boston, Massachusetts:   Lapuran yang dibuat oleh Dr Pat McShane dari Jabatan Obstetric dan Gynaecology telah mendapati bahawa 40 % kemandulan disebabkan oleh kaum lelaki.  

 

Notifying Visitors of Site Enhancements

  • Design Web Site

    Hti p-2000 Dr Nik Omar Homeopathic Threatment of Infertility

    Kg Chicha, Kelantan.

    Kota Bharu

    The Faculty of Homeopathy Malaysia (FAHOM)

    No. 122, Taman Universiti, Gelang Mas, 17010 Pasir Mas, Kelantan.

    Tel: 013-9394420  or 09-7976948   



    Doktor Bertugas;
    H/ Dr nik badrul & H/dr nik fairuz
    Prof Dr Sir Nik Omar

    Waktu Bertugas:
    Tiap-tiap Hari: 8.00 pagi hingga 4.00 ptg
    Jumaat: 8pagi - 11.30pagi

     

    No. 11, Bangunan Tabung Haji Lama
    Jalan Dato Pati
    15000 Kota Bharu, Kelantan. Tel: 09-7440440

    Doktor Bertugas:
    Prof H/Dr Mohd. Nasir Hj Mohd Zain
    Prof Drs Wan Mohammad W. Ibrahim

    Waktu Bertugas: 9.30 pagi hingga 9.30 malam

    Kuala Lumpur

     

    Pusat Homeopathy & Akupunktur Dr Nik Omar
    No. 128 A&B, Jalan Raja Abdullah
    ( Hadapan Masjid Kg baru )
    Kuala Lumpur. Tel: 03- 26926549

    Doktor bertugas:
    H/Dr Hajjah Faridah bt Hj Awang Hamat
    Prof Dr Sir Nik Omar

    Waktu bertugas:
    Tiap-tiap Hari: 8.30 pagi hingga 8.00 malam
    Ahad & Cuti Am : 8.30 pagi hingga 1.00 tegahari sahaja.
     

    e -mail

    badrul_3322@yahoo.com
    openuniversity_my@yahoo.com

     

    1
  • Games
  • Photos
  • Video

Customizing and Personalizing My Site

Lelaki   1.                Zakar dengan tisu erektil 2.                Testikal dan scrotum / vesica seminalis 3.                Pundi kencing 4.                Kelanjar Prostat 5.                Saluran Sperma 6.                Lubang Air kencing   Zakar ( penis)  adalah alat untuk persetubuhan ( sanggama ) dan berkemih. Didalamnya terdapat saluran yang berfungsi ganda, tujuannua untuk mengeluarkan air mani dan air kemih ( air kencing )   Batu Pelir ( buah zakar ) atau testis adalah kelenjar kelamin lelaki yang menghasilkan sel-sel mani ( spermatozoa ) . Didalam kantung zakar terdapat sepasang batu pelir ( buah zakar)  

.

 

.

Kantung Mani ( Vesica Seminalis ) adalah tempat penyimpanan sel-sel mani sebelum dikeluarkan dari tubuh lelaki.   Saluran Mani ( epidydimis dan vas deferens ) adalah saluran penghubung antara buah zakar dan kantung mani.   Kelenjar Prostat ( glandular prostata ) menghasilkan sejenis cairan yang merupakan bagian cair dari air mani dan bersifat menghidupkan sel-sel mani dan juga mengimbangi pembuangan air kemih / air kencing   Biologi Kehidupan Lelaki           Dari usia remaja batu pelair ( buah zakar ) menghasilkan hormon lelaki yang dinamakan 'testeron' dan membentuk sel-sel mani ( sperma ). Penghasilan testeron dan pembentukan sel-sel mani berlangsung terus-menerus dengan banyaknya pada lelaki normal sehinggalah kehari tua bilamana ia mula menurun.           Sel-sel mani yang telah dibentuk oleh buah zakar disalurkan melalui saluran mani menuju ke kantung mani. Perjalanan didalam saluran mani berlangsung lebih kurang 10 hari lamanya. Selama didalam saluran mani sel-sel mani mengalami proses pematangan dan pembentukan yang sempurna.  Bentuk sel mani yang sempurna ialah berkepala bujur, badan yang pendek, ekor yang panjang dan mampu bergerak sendiri.           Sewaktu pancutan sperma, sel-sel mani dikeluarkan bersama-sama dengan cairan yang dihasilkan oleh kelenjar prostat dan kelenjar-kelenjar lainnya.  Pada seorang lelaki normal, satu pancutan  mani, mengeluarkan 2 hingga 5 cc air mani dan jumlahnya melebihi 100 juta benih.           Didalam faraj atau vagina air mani akan cepat menjadi cair dan sel-sel mani mulai bergerak sendiri ( mobiliti ) untuk melanjutkan perjalanan menuju ke saluran telur.           Keupayaan dan kerjayaan air mani untuk terus hidup subur dan bercantum dengan benih wanita - ovum bergantung kepada keadaan pesekitaran ruang faraj dan juga sek-sel mani yang matang dan normal. Jika keadaan sekitar faraj atau rahim tidak normal dengan berbagai masalah kesihatan, maka sel-sel mani akan cepat mati.  Begitu juga sel-sel mani yang tidak sihat dan jumlah yang tidak mencukupi, tidak memungkinkan satu kehamilan itu berlaku.           Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan normal, maka akan berlakulah satu kehamilan yang diharap-harapkan.   Wanita    .

.

1. Faraj                2.    Uterus / rahim          3.    Ovari    4. Pundi kencing      5.   Tiub Fallopia              6.     Kelentit 7. Lubang Kencing   8.  Libia Minora / majora   9.    Servik 10.     Selaput Dara  11. Kelenjar Bartholin.     12.   Vulva   Biologi Kehidupan Wanita   Faraj ( vagina ) Liang Sanggama adalah alat penghubung rahim dengan dunia luar, alat penerima zakar waktu sanggama dan janin kelahiran anak.   Rahim ( uterus )  adalah tempat berkembangnya anak didalam kandungan. Ia kelihatan seperti bentuk huruf 'T' terbahagi atas bahagian badan dan bawah leher rahim.  Didalam badan rahim terdapat rongga rahim yang dilapisi selaput lendir rahim.   Indung Telur (Ovari ) adalah kelenjar kelamin yang menghasilkan hormon kandungan dan juga menentukan kesuburan seseorang wanita. Terdapat sepasang Indung telur yang terletak disisi kanan dan kiri rahim. Didalam masing-masing indung telur tersebut terdapat lebih kurang 100 ribu benih telur.   Saluran Telur ( tuba fallopian ) adalah alat penghubung antara indung telur dan rongga rahim Buah dada ( payudara) adalah alat untuk menyusu bayi. Didalamnya terdapat kelenjar-kelenjar untuk mengeluarkan susu.   Haid  

Sejak dari remaja ( puberty )  sampai putus haid ( menopause ) wanita mengalami haid atau keluar darah bulanan ( menstruasi ). Darah haid ini berasal dari rongga rahim dan timbul akibat pecahan selaput lendir rahim .

 

Pada umumnya darah haid bersifat cair berketul macam agar-agar berwarna merah gelap dan berlaku pada jangkamasa 2 hari  sampai 6 hari bagi setiap putaran haid. Darah yang mengalir ini merupakan keguguran lapisan sel-sel pada dinding uterus kerana ketiadaan persanyawaan pada ovum.

  Mula-mula hormon peransang folikel (FSH) dikeluarkan oleh kelenjar pituitari akan merangsangkan penghasilan ovum dan rembesan hormon estrogen oleh ovari.   Estrogen menyebabkan penebalan pada dinding uterus .  Selepas lebih kurang 14 hari , kepekatan estrogen akan mencapai takat maksimumnya sehingga memberi kesan menghalang pengeluaran hormon  FSH.  Kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon lain disebut hormon peluteinan (LH) hormon.   Hormon luteinan menyebabkan proses pengovulan atau pelepasan ovum.   Perempuan itu dikatakan  berada dalam keadaan subur dan persenyawaan mungkin berlaku pada peringkat ini.  Selepas pengovulan , FOLIKEL GRAAF yang kehilangan ovum akan menjadi korpus luteum.   Hormon progesteron penting untuk perkembangan endometrium uterus dan menyediakannya untuk penempelan ovum yang telah disenyawakan dan menghentikan kelenjar pituitari dari mengeluarkan FSH dan LH. Tanpa LH dan FSH kitar haid tak berlaku.   Jika ovum itu tak disenyawakn, korpus luteum akan mengecut dan hormon progesteron akan berkurang . Pemusnahan lapisan sel pada dinding uterus berlaku dan kitar haid bermula. Selepas tamat haid, Hormon fsh akan dikeluarkan sekali lagi oleh pituitari.   Menopause   Putus haid adalah satu keadaan dimana badan wanita itu berhenti mengeluarkan ovum dan paras hormon sex seperti estrogen dan progesteron juga berkurangan. Putus haid boleh bermula diantara umur 45-55 tahun. Akibat perubahan hormon dalam badan ,seseorang wanita boleh mengalami simptom-simptom yang menyebabkan masalah fisologi dan psychology.   Antara simptom-simptom menopause adalah seperti:   1.    Fikiran tidak menentu 2.    Resah dan gelisah 3.    Risau, takut-takut, sedih sayu, pilu, dll 4.    Badan terasa kepanasan 5.    Pening kepala, mual, loya 6.    Hilang nafsu seks 7.    Badan berpeluh 8.    Sakit-sakit badan dan sendi 9.    Pengecutan tulang. Osteoprosis, dll

 

Perubahan  didalam indung telur  

.

 

  .    Dalan jangka waktu satu daur haid  didalam indung telur terjadi serangkain perubahan sebagai berikut:  

    Dengan berakhirnya haid beberapa benih telur mulai menjalani proses pematagan menjadi sel telur (ovum) dalam proses ini benih-benih telur yang semula tampak sebagai bintik-bintik kecil berubah bentuk menjadi gelembong-gelembong  telur yang semakin lama menjadi makin besar. Pada suatu ketika salah satu dari gelembung telur tersebut menjadi demikian besarnya sehingga menonjol dipermukaan indung telur.setelahnya gelembung telur tersebut pecah dan melepaskan sel

Telur yang sudah matang. Peristiwa ini dikenal sebagai ovulasi (peneluran).        Setelah ovulasi sisa dari gelembung telur yang pecah tadi berubah menjadi suatu `badan kuning ` (corpusluteum). Bila tidak terjadi kehamilan maka menjelang hiad berikutnya badan kuning tersebut menjadi kisut dan menghilang dari indung telur.       Waktu yang dibutuhkan  untuk pematangan benih telur menjadi sel telur dapat berubah-ubah pada seseorang wanita dan berbeda-beda pada wanita yang satu dengan wanita lainnya. Sebalikbya, umur dari badan kuning kurang lebih tetap dan sama lamanya untuk semua wanita, yakni berkisar antara 12 sampai 16 hari lamanya atau rata-rata 14 hari lamanya.        Pada umumnya ovulasi dalam daur hiad nya. Adakalanya wanita tertentu mengalami lebih dari satu kali ovulasi dalam daur haid nya. Namun demikian,ovulasi susulan ini hanya mungkin terjadi dalam waktu 24 jam sesudah ovulasi yang pertama.  

    Setelah ovulasi,sel telur ditampung oleh saluran telur dan digerakkan

Menuju dirongga rahim. Sel telur berukuran sanggat kecil, kira-kira sebesar hujung jarum, dan bilaman tidak dibuahi hanya dapat hidup tidak lebih dari 24 jam lamanya .    

HORMON KANDUNGAN

 

    Seraya berlangsung rangkaian perubahan-perubahan tersebut pada halaman 10, indung telur mengeluarkan hormon kandungan. Terdapat dua jenis hormon kandungan , yakni hormon estrogen dan hormon progesteron.

 

HORMON ESTROGEN

      Hormon estrogen dihasilkan oleh gelembong telurdan badan kuning. Oleh kerana itu hormon estrogen terdapat sepanjang daur haid dengan kadar yang berbeda-beda.  

    Pada permulaan haid, kadar estrogen masih sanggat rendah, tetapi lambat laun makin meningkat sesuai dengan tingkat perkembangan pada gelembong telur dan pematangan sel telur. Puncak kadar hormon estrogen tercapai 1-2 menjelang saat ovulasi. Setelah ovulasi kadar estrogen menurun kembali dan menjadi sanggat rendah lagi pada permulaan haid berikutnya

Behind the Scenes of My Home Page

Even if I don't put much text on my home page, it's a good idea to include hidden tools that will help me promote my site, so people other than my friends and family actually see it. For example, I could add meta tags, which are hidden codes that allow search engines to find my site. I could also install stats and a counter so I know how many people are visiting. If not many are visiting, submitting my site to search engines will guide more traffic to my site.